Disable Right Click

Disable Text Selection

Zulaikha Episod 1

 Namaku Zulaikha-panggilan manjaku Zu. Usiaku 30 tahun. Kalangan rakan-rakanku mengatakan rupaku iras Amy Mastura, penyanyi kecil molek tue. Hehe!!



Setiap hari aku menanti kepulangamu dengan sabar walaupun hatiku juga merintih kepenatan. Lantaran aku juga turut sama mencari rezeki. Cukuplah segala kepenatan yang kurasa diubati dengan senyuman manismu. Namun kepulanganmu pada suatu petang telah meragut keindahan mimpiku.




"Zu.. Abang ada sesuatu nak cakap dengan Zu."




Fikiranku ligat memikirkan apakah yang bakal diperkatakan suamiku.




"Apa dia Abang, katakanlah?" jawabku bimbang dan curiga.


"Zu," bicaranya tersekat-sekat," Sebenarnya Abang.. Abang nak minta maaf dengan Zu."


"Minta maaf? Kenapa Bang? Selama ini Abang tak pernah pun sakitkan hati Zu," balasku dengan penuh rasa kasih sayang.




Abang Daud terpaku seketika. Mungkin sedang memikirkan perkara yang bakal disampaikannya. Aku lihat Abang Daud gugup. Dahinya berpeluh seolah-olah ada sesuatu yang membimbangkan hatinya.




"Zu masih ingat pada Fatin?" tanyanya penuh debar dan suaranya bergetar.


"Maksud Abang Fatin, kawan Zu masa di universiti dulu ya?"


"Haah, ya."


"Oh.. Kenapa? Abang ada jumpa dia ke? Dah lama Zu tak jumpa dia. Yalah semenjak konvokesyen kita orang dulu, seingat Zu. Kenapa dengan Fatin Bang? Apa kaitannya dengan Zu dan kita?"


"Janji dengan Abang yang Zu tidak akan marah atau pun menangis, bila Abang berterus terang." pinta suamiku.


"Emm.. Baiklah, tapi bagitau lah dulu,"pintaku tanpa sabar.


"Sebenarnya Fatin dan Abang sudah bernikah dua bulan lalu," jelas Abang Daud memalingkan mukanya dari renunganku. Fatin, awek kelate itu merupakan teman sekuliahku semasa sama-sama menuntut di universiti dulu.




Aku terus terpempan, kaget seolah-olah nyawaku telah jauh di bawa pergi dan seakan-akan langit jatuh menimpa kepalaku. Hampir berhenti nafasku dan dadaku ditujah sebak. Firasatku ternyata silap. Abang Daud benar-benar telah menduakanku.




"Apa salah Zu Bang? Kenapa Zu diperlakukan sebegini? Apakah sudah kurang kasihsayang Zu pada Abang? Apa yang tidak ada pada Zu yang ada pada Fatin, Bang?" tanyaku dengan hati berkecai dan perasaan hancur luluh.




Ku gagahkan jua diri ini untuk bertentang mata dengan suamiku, Abang Daud. Segala janjiku tadi sudah kulupakan. Persoalanku tidak dijawab. Abang Daud membatukan dirinya, seolah-olah mulutnya terkunci.




Kerana tidak tertahan dengan kesedihan lantas kucapai kunci keretaku, lalu kupandu keluar dari kesibukan ibukota menuju entah kemana, aku sendiri tidak perasan haluanku. Aku berasa amat sedih diperlakukan sebegini. Hancur hatiku dan airmataku tak henti meniris pipiku dan sebak menghunjam dadaku yang terhinggut-hinggut menahan tangisku.




Tiba-tiba aku teringatkan Abang N. Pantas aku mendapatkan hanset lalu menelefonnya.. Pertemuan kami di Restoran KFC Lebuhraya..




"Well Zu, nasi sudah menjadi bubur. No arguments. Itu senjata lelaki." kata Abang N perlahan membujuk dan menenangkan aku sebab aku masih merembaskan airmata.




Aku menahan sebak. Dadaku bergelombang keras. Mataku sembab dan putih mataku merah. Kami duduk di satu sudut restoran KFC dekat TOL Sg. Besi. Abang N membeli-kan minuman gas.




"I faham Bang. Memang betul nasi sudah menjadi bubur. But I was caught witahun my pants down. Tidak pernah terhidu akan perubahan ini. Tidak nampak riak apa-apa yang Abang Daud sudah bernikah," keluh kesahku menghela seakan tidak percaya. Aku mengeleng.




"Be realistic Zu. Dan kau kena belajar menerima yang kau telah rasmi bemadu. So you kena share suami you dengan seorang wanita lain, yang kebetulan adalah kawan sekuliah kau di universiti dulu,"jelas Abang N mengerutkan dahi-nya.




Muka Zu kelihatan membesar sebab matanya sembab.




"Face it dan terima kenyataan ini walaupun you tak suka. Dan I tahu mana isteri suka dimadukan? Dan dalam bab nikah kahwin ini I tak mahu mempertikaikan apa-apa sebab Tuhan sudah mengizinkan 'lelaki boleh beisteri empat'. Itu nas dan kebenaran serta izin dari Tuhan. Bab adil atau tak adil, itu soalan lain. Cuma you kena belajar dan memahami poligami. Redha dan bersedia serta sanggup berkongsi satu 'batang' tu. tahunat's a fact."




Aku menjuihkan bibirku mendengar perkataan celupar yang terlen cit keluar dari mulut Abang N but itu kenya-taan walaupun I hate it so much. Aku berdecik panjang dan menyapu mukaku sambil menghembus hingus. Terasa lubang hidungku tersumbat. Sebu. Gelora dadaku kian reda. Hatiku lapang bila Abang N menjelma untuk berkong-si jerih hati dan jiwaku. He is a good listener dan memberi-kan beberapa nasihat yang baik. Dapat mendamaikan gejolak dan libang libu rasa dijiwaku.




Aku memandang tepat ke muka Abang N. Aku angguk. Apa yang dikatakannya itu benar. Abang N, duda dan veteran, colleaqueku sepejabat. Aku selalu bersamanya, kami dalam satu tim. Dan tugasku adakalanya memaksa kami bertugas outstation.




"Frankly I'm shocked. Kesal yang amat sangat. Question his love towards me and my love. Apa ada dengan cinta? Apa ada dengan kasihsayang? Apa ada dengan kesetiaan? Ya, apa ada semuanya??" kataku berat dan sesal, "I tak nampak kejujuran. I buta sayang. I tak nampak setianya seorang suami sedangkan kesetiaan itu dituntut dari seorang isteri?"




Aku berasa lemas. Seakan tanggung jawab yang selama ini aku agungkan berkubur. Persefahaman berumahtangga hancur dengan panah halalintar perlakuan suamiku beristeri dua. Apakah aku mampu bermadu? Apakah aku mampu berkongsi? Apakah aku mampu menahan gelora rasa hati dan perasaanku?




Kulihat mata Abang N memerhatikan dadaku yang berombak.




"Jangan pandang lebih..." Aku menegur pandangan Abang N itu. Aku tunduk dan Abang N sengih, "I ada masalah nie. Setia.. Setia..??"


"Kau ni memang lawo Zu. Kecil molek cam Amy Mastura lah," puji Abang N sambil berdecit.


"Isskk.. Janganlah. Semua cakap camtue tapi I sedih nie,"jawabku lemah.


"Buat apa sedih. Jangan jadi bodoh. Be brave. Tunjukkan pada suami you, bahawa you wanita anggun dan cekal. Hati boleh robek didalam diri, tapi wajah tunjukkan you ceria dan gembira. Ingat, tenang dalam gelora. tahune world is yours," tambah Abang N memberi semangat lagi.




Aku terkekeh kecil.




"Good kalau boleh ketawa maknanya you boleh lupa masalah. Jangan jadikan isu dan bagi masalah yang suami you nikah lain. Take it naturally" tambah Abang N lagi, "You buatlah keputusan you sendiri. You know better. Don't cry anymore. Takde guna dan nilainya airmata you itu."




Aku dan Abang N berpisah setelah gelora di dadaku reda.




"Pandu baik-baik. Ingat yang you enjoy tahunis life. Orang lain tiada hak mahu merosakkan kebahagiaan you walaupun suami you," kata Abang N sambil mencium pipiku sebaik sahaja aku hendak masuk ke dalam perut kereta. Terasa hangat ciuman Abang N.


"Tq for tahune advice Bang N. You're a good friend and brotahuner," balasku melambai.




Abang N angguk sambil menunjukkan isyarat good. Hari berganti hari, masa berganti masa, sikap Abang Daud mula berubah setelah Fatin, maduku disahkan hamil. Selama seminggu dia dirumah Fatin hanya sekali saja dia menjengukku. Kelainan dan perubahan sikapnya terserlah. Setelah seminggu Abang Daud tidak menghubungi kami, akhirnya dia pulang.




Malam itu kami berbual panjang. Terasa terubat rinduku yang terpendam selama seminggu. Maklumlah hidup kami tidak pernah renggang dari gelak ketawa. Abang Daud sedari awal perkahwinan suka menyakatku, aku pula tukang gelak. Seketika itu, perbualan kami dikejutkan oleh deringan hanset suamiku. Kulihat wajah suamiku berkerut dan berubah setelah selesai menjawab panggilan telefon tersebut. Wajahnya sugul.




"Zu, Abang kena pulang ke rumah Fatin, dia muntah-muntah, katanya dia rasa lemah dan sukar bernafas."


"Ye.. Ke? Setahu Zu kandunganya sudah masuk 7 bulan kan??"


"Ya, tapi dia mengadu muntah-muntah."


"Abangg, Zu juga penah merasai saat-saat begitu, tak kan masih muntah-muntah lagi kut?" Dugaku tidak puas hati. Baru hari ini Abang balik, takkan Abang tergamak tinggalkan Zu dan anak kita lagi? Apa Abang sudah lupa janji Abang pada Zu.?"


"Zu, Fatin minta Abang pulang, Abang harap Zu faham. Fatin mengandung dan perlukan Abang. Zu kan ada Sofea!"




Aku sedih dengan kata-kata Abang Daud yang mula berat sebelah. Sepantas kilat kulihat suamiku berlalu tanpa menoleh kepadaku. Sampai hati Abang buat Zu macam ini, keluhku sambil memandang Sofea, anak kami.


Bersambung...